Tuesday, February 19, 2019

REFLECTIVE WEEK 1

15 Februari 2019

Assalamualaikum. Hari ini terasa rajin nak menulis tentang hari pertama kelas dengan Dr Fareed. Yeah, hari jumaat penghulu segala hari di indahkan lagi dengan penampilan Dr yang segak bergaya, bersongkok dan berbaju melayu. Ala alaa warna magenta gitu..

So, first of all minggu pertama dalam kelas of course Dr briefing tentang course outline, pembahagian markah assessment, quiz, test dan pengenalan tentang subjek sistem maklumat dalam perkhidmatan makanan. 100% perhatian tertumpu pada info yang disampaikan oleh Dr kerana cara penyampaian yang sangat santai tapi memberangsangkan minda kami dalam kelas tu. Setiap butir perkataan dan maklumat yang dilontarkan sangat jelas. Habiskan masa dalam kelas tu dalam satu jam je sebab biasanya minggu pertama kelas cuma dapatkan amanat penting daripada pensyarah je. hihi
Ada beberapa perkara yang Dr Fareed maklumkan dan agak penting untuk dilaksanakan.

Pertama sekali tentang CIP (Community Internet Project) dimana projek ini bertujuan untuk mewujudkan laman web khas untuk sebuah syarikat makanan (Small Medium Enterprise- SME) oleh komuniti awam yang masih belum mempunyai sebarang laman web di internet dengan menggunakan Wix.com
Perkara kedua yang disampaikan adalah mengenai Google Digital Garage. Secara ringkas nya ia merupakan sebuah aplikasi yang membantu para pelajar untuk menguasai pemasaran digital dan mendedahkan pelajar kepada latihan teknikal sebenar yang berkaitan dengan pemasaran digital dan juga e-perniagaan. Dr Fareed juga ada menerangkan mengenai Alibaba.com dimana ianya menyediakan perkhidmatan pengkomputeran kepada perniagaan dalam talian. Aplikasi ini juga dapat membantu para pelajar terutamanya kami sebagai pelajar pengurusan perkhidmatan makanan untuk memahami akan kepentingan perniagaan elektronik dan pemasaran internet sekaligus merasai sendiri pengalaman yang indah lagi nyata.

Perkara keempat adalah mengenai Digital Exploration & Experience (Digi E&E) yang memberi peluang kepada kami untuk menyuarakan pendapat dan berkongsi idea yang berkaitan dengan kemunculan teknologi baru serba canggih.
Terlalu banyak aplikasi yang jarang-jarang dengar dek halwa telinga ini. Semoga semester kali ini berjalan lancar sesuai dengan apa yang direncanakan. In sha Allah.

No comments:

Post a Comment

REFLECTIVE WEEK 14

24 May 2019 Today will be last week and last day class with Dr Fareed! To be honest, I'm not in mood and I feel a bit sad because thi...