CIP (Community Internet Project) Presentation.
Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba dimana hari ini kami diarahkan untuk membuat pembentangan mengenai website yang telah kami created untuk sebuah restaurant dihadapan owner restaurant tersebut. Fuhh! Jantung nak pecah rasanya.
Setelah berbincang dan mendapat kata sepakat daripada Chef David yang merupakan owner dari Say Cheese Cafe, kumpulan kami memilih slot sebelah petang dalam pukul 5 untuk membuat pembentangan tersebut. Terdapat juga beberapa kumpulan yang lain pada slot pagi dan kumpulan kami merupakan kumpulan terakhir pada hari itu. Tempoh yang diberikan untuk meyiapkan website tersebut kami gunakan sebaik mungkin untuk menghasilkan website yang terbaik seperti apa yang diminta oleh Chef David. Terlalu banyak cabaran dan kesukaran kerana ini merupakan kali pertama kami bekerjasama dengan orang luar secara berdikari dan menggunakan teknologi yang belum pernah kami gunapakai dalam kehidupan seharian. Tetapi, syukur alhamdulillah! Kami dapat rasakan hasil yang kami berikan adalah yang terbaik walaupun berlaku pertukaran design disaat akhir.
Setelah pembentangan berakhir, Chef David mengambil alih untuk memberi komen terhadap hasil kerja kami dan yaa! Banyak rupanya soalan-soalan cepumas yang ditanya berkenaan dengan SWOT Analysis. Ketar lutut nak menjawab haihh.. Ketar-ketar pun kami berjaya menjawab dengan penuh yakin. Ececeh! Mengenai website pula, setakat ini Chef David berpuas hati kerana 95% daripada hasil kerja kami beliau suka. Selebihnya, beliau meminta untuk kami memperbaiki kesilapan-kesilapan kecil seperti menggunakan gambar yang mempunyai tulisan yang bersesuaian dengan saiz supaya customer lebih memahami dan tertarik untuk melihat. Rasanya kumpulan kami paling lama berdiri depan dewan kerana Chef David tidak lokek untuk memberi tunjuk ajar dan ilmu pengetahuan yang sebenar kerana beliau merupakan seorang yang sangat profesional dan mempunyai ilmu yang tinggi.
Lepas sudah satu tugasan. Kami juga telah mencatat segala komen dan kritikan supaya kami dapat mempelajari daripada kesilapan dan pengalaman kami sendiri. Bertuah rasa kerana dikelilingi oleh orang-orang yang bijak pandai.
No comments:
Post a Comment