Monday, May 27, 2019

REFLECTIVE WEEK 14

24 May 2019

Today will be last week and last day class with Dr Fareed! To be honest, I'm not in mood and I feel a bit sad because this is last week which mean minggu exam dah nak bermula. I'm not ready yet! Oh mannnn.... Haha, chill chill! Hrm untuk kelas hari ini tak ada banyak perkara sangat pun, just touch sikit-sikit je by Dr Fareed. He still give a lecture in last class dengan topik yang bertajuk Information System Acquisition. Basically, this topic expose students to varies options of acquisition in an organization. Dr Fareed lebih banyak bercerita dan kaitkan setiap topik kecil dengan realti kehidupan yangs ebenar. yeah, dengan kaedah seperti itu sebenarnya banyak membantu untuk lebih memahami setiap perkara dengan jelas. May Allah bless you always Dr Fareed.

Dua jam kelas tak lama guys! Selepas itu, Dr Fareed mentioned tentang topik yang akan masuk final exam nanti. Ada enam soalan dan semua wajib dijawab. Lebih daripada satu means banyak lah tu kan. Kena study elok-elok nampak nya ni. After selesai mendengar and take a note apa yang Dr Fareed sampaikan dalam kelas, Dr Fareed minta untuk berselfie reramai dalam kelas. The best part is bila Dr Fareed asked us untuk pergi dekat kereta dia sebab ada something special. Guess what?! Hahaha, dalam bonet kereta Dr penuh dengan jus mangga and guava. Seorang satu katanya. Masing-masing baw ajus tu naik bus balik kolej waktu matahari tengah terpacak atas kepala. Tengah hari beb! Eheks... but yaa, really love it and happy. Thank you Dr Fareed sepanjang semester ini, sepanjang 14 minggu mengajar dalam kelas tanpa jemu. Buat lawak non-stop. Thank thanks and thanks. Doakan saya menjawab paper Dr dengan selamat dan dapat result yang cemerlangggg! Hihi Amiinnn


Sunday, May 12, 2019

REFLECTIVE WEEK 13

13 May 2019

This is a second week before class ended for this semester. Already in week 13 guys! Sekejap rasa masa berlalu, update punya update blog ni tak perasan dah sampai minggu ke 13. Okay, so untuk minggu ni, Dr Fareed minta untuk share pengalaman dalam menjalankan CIP project, Google Digital Garage (GDG) dan juga pengalaman dalam melibatkan diri bersama Alibaba.com.

Rasanya, ketiga-tiga perkara ini merupakan pengalaman yang paling seronok dan mencabar mental mahupun fizikal. Bagi CIP project, pada awalnya kedengaran agak mudah tetapi apabila memasuki fasa permulaan untuk mencari sebuah company ataupun restaurant merupakan cabaran terbesar. Bukan mudah untuk mendekati ataupun memujuk client untuk bekerjasama dengan perkhidmatan yang kita sediakan. Boleh dikatakan dua minggu juga kami mencari sebuah restaurant yang mahu bekerjasama dalam menjalankan project ini dan dalam masa dua minggu itu jugalah akhirnya kami ditakdirkan berkerjasama dengan Chef David which is he is the owner of Say Cheese restaurant. Kami sangat bernasib baik. So sepanjang mengendalikan website untuk Chef David, terlalu banyak input yang kami perolehi terutamanya dalam mengetahui secara terperinci tentang keperluan sesebuah company dalam mencapai misi company mereka itu sendiri. Kami belajar mengenai branding, penggunaan warna yang sesuai didalam website, penggunaan kata-kata yang bernas yang mampu untuk menarik perhatian para pengguna, dan menjadikan website itu berfungsi dengan baik. Sebenarnya, terlalu banyak perkara yang kami pelajari. Chef David banyak membantu dari segi perkongsian ilmu, pengalaman beliau sendiri. Kami benar-benar teruja dan tak percaya yang kami boleh berjumpa dengan seorang insan yang berpengetahuan tinggi serta serba boleh dalam segala bidang. Teknologi pun dia, designing pun dia, photographer pun dia juga. Wow wow and wowww! Chef David hebat! Selepas itu, kami transfer pula knowledge or website tersebut kepada Chef David di outlet beliau di Bukit Jalil dan sepanjang sesi transfering the knowledge, kami diminta untuk membuat kesimpulan tentang pengalaman membuat website. Lastly, Chef David belanja kami berbuka puasa tanda terima kasih dan meraikan kejayaan kami. Yeah

Bagi GDG pula, pengalaman yang tidak boleh dilupakan kerana terlalu banyak terms yang jarang dijumpai. Haha, terasa sangat naif bila jumpa sesuatu perkataan tetapi kita sendiri tak tahu apa maksud dan kegunaannya. Orang kata, ini lah proses pembelajaran dimana bila kita taktahu akan sesuatu tetapi kita cari tahu sampai dapat. Soalan latihan pun agak susah tapi bila dah lama-lama, makin boleh adapt dengan cara pembelajaran secara online ni. Soalan exam lagi susah. Ada 40 soalan objektif dan kena lulus 80%.. Kalau tak lulus tu kena lah repeat menjawab sampai lulus. Finally, lulus juga. Lepas ni dah boleh include kan certificate from Google dalam cv dan juga LinkedIn. Satu peluang dan kelebihan yang besar. Rugi siapa tak involved dalam GDG ni. Eheks

Alibaba.com is the greatest application for those people who are interested in selling goods and make  a side income. After register and have my own personal account, I explored it and to be honest I understand that aplikasi ini sangat membantu dalam mengetahui apa sebenarnya yang dimaksudkan Alibaba. Alibaba is a fantastic place untuk mencari Chinese mainland manufacturers. This is not only the place to buy things but it also can find people that make things. Its is actually B2B marketplace which business to business that provide opportunity to access with the large audiences.

I really proud of myself because dapat melaksanakan beberapa tugasan yang menarik kerana selama ini tak pernah terfikir bahawa dapat peluang sebegini. Yeah, peluang bukan datang bergolek tapi bila dah dapat peluang tu kita perlu manfaatkan sebaiknya supaya pengalaman baru dapat dicipta.







REFLECTIVE WEEK 12

6 May 2019

This week we're done with transferring the knowledge to Say Cheese restaurant. Alhamdulillah, Syukur! Some picture are provided here. Thank you Chef David, thank you Truetone and thank you Dr Fareed.
We are enjoy our journey as a students. hihi

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing


Image may contain: 1 person, sitting, laptop and indoor



REFLECTIVE WEEK 11

29 April 2019

Hi peeps! Alright, now already in week 11 which afternoon lab still going on like usual. Bila dah masuk minggu hujung-hujung ni banyak perkara yang perlu kejar untuk disiapkan. Like usual, Dr Fareed awal-awal dah mention tentang agenda yang bakal dilaksanakan di dalam lab petang ini. Agenda pertama adalah mengenai CIP UPM dimana segala penambahbaikan website yang dilakukan sepatutnya telah pun disiapkan. Bagi group kami yang mengendalikan website untuk Say Cheese telah pun disapkan dengan jayanya. Boleh dikatakan tak tidur malam juga lah. ececeh! Actually, Dr Fareed want to review for each group websites, asked us to finalizing the company website, and lastly want us to decide the date for transfer the knowledge plan to the owner restaurant. Okay done for first agenda.

Second, as I already mentioned about the Google Digital Garage (GDG) in my previous blog before which each student need to keep updating their progress in answering the question as a learning session. Dr Fareed meletakkan GDG sebagai agenda yang kedua untuk memastikan semua pelajar dapat melaksanakan tugasan itu sempurna. Disaat kawan-kawan lain sedang struggle untuk menyiapkan GDG tersebut, diri ini telah pun sampai ke puncak dahulu. hihi 
Dengan segala keazaman, akhirnya berjaya menyiapkan GDG sekaligus mendapat pengiktirafan secara rasminya daripada pihak Google. Bangga beb! Jujur kata final exam nya bukan mudah dan sangat susah. Dua tiga kali juga repeat exam tu and finally, I got it! Yeah..

Third ,Dr Fareed keep on reminding us to make a registration in Alibaba.com and also download the Ding Talk application. Dengan ada nya personal account, ia akan memudahkan kami semua untuk mempraktikkan diri kearah dunia digital sekaligus tidak jauh ketinggalan kebelakang. Dr Fareed banyak beri tunjuk ajar dan pengenalan terhadap aplikasi yang baru didengar walaupun hakikatnya kami yang tak berapa terdedah dengan dunia teknologi canggih sebelum ini.

Lastly, the social media analytic teaches us mengenai pengumpulan data dari laman web sosial dan juga cara-cara untuk menganalisa data tersebut dengan menggunakan alat-alat analitis di media sosial. Ini bertujuan untuk meningkatkan aktiviti pemasaran dan juga merupakan sokongan terhadap perkhidmatan itu sendiri.  Social blade is one of the method used in help to track Youtube channel statistic, Twitter stats, Instagram stats and much more. Bagi sesiapa yang mempunyai channel Youtube dan nak tahu seberapa popular nya diri dan berapa ramai orang yang sering singgah ke channel Youtube awak tu, boleh lah cuba kaedah ini. Menarik bukan? 

Selepas itu, kelas dismiss dan kami pun pulang ke kolej menaiki bas dengan penuh ilmu didada. Fuhh  




REFLECTIVE WEEK 10

22 April 2019


Hi everyone. So this is my badges in Google Digital Garage (GDG). I already got 26 unlocked badges which officially I already done with my part.



This is my Google Digital Garage certificate.





This is my registration for Alibaba.com





This is my Ding Talk application that I already downloaded













Friday, April 19, 2019

REFLECTIVE WEEK 9

15 April 2019

Salam hari Isnin. Untuk hari ini seperti biasa Dr Fareed sudah listkan perkara-perkara yang perlu dipelajari dan beberapa perkara yang perlu diselesaikan di white board. Antaranya adalah mengenai CIP presentation, excel exercise 1, netiquette, dan juga web analysis. 

Mengenai CIP presentation, Dr Fareed recapped semula apa yang telah berlaku sepanjang minggu pembentangan tersebut dan Dr memaklumkan kepada kami supaya tidak lupa untuk update dan memperbaiki semula website yang telah dibuat. Seterusnya, setelah semuanya siap dan sesuai dengan apa yang telah diminta oleh owner restuarant tersebut, kami sekali lagi diarahkan untuk bertemu dengan Chef David di restaurant beliau untuk mengajar secara lebih terperinci sekaligus memberi website, email dan password tersebut kepada beliau secara rasmi. 

Setelah selesai, Dr Fareed meminta kami untuk membuka aplikasi excel dan mengajar kami cara-cara untuk menyiapkan assignment menggunakan aplikasi tersebut. Apa yang kami pelajari adalah cara-cara bagaimana untuk memasukkan data dan segala isi maklumat yang diperlukan dengan menggunakan pie chart, bar chat dan column chart. Secara jujurnya, tahap stress masih lagi dalam keadaan terkawal apabila membuat assignment seperti ini. haha 
Selepas itu, Dr Fareed dedahkan lagi dengan perkataan baru didalam hidup kami iaitu netiquette. Maksud yang tepat bagi perkataan ini adalah adab-adab ketika menggunakan internet seperti email. Bila sebut sahaja internet semua mengakui bahawa diri itu seolah-olah dah mencapai tahap profesional tetapi realitinya, ada kekurangan dan cacat cela. Sebagai contoh, adab menghantar email kepada pensyarah, secara am pelajar tidak boleh menghantar dokumen tanpa memperkenalkan diri, nama dokumen dan ayat mukadimah atau bahasa internet nya email, subjek dan tajuk. Terlihat seperti tidak ada rasa hormat dan adab. Perkara sebegini kadang kala bukan sahaja boleh dipelajari malah boleh menggunakan commen sense yang dikurniakan olehNya. 

Akhir sekali, Dr Fareed mengajar kami tentang web analytics ataupun statistic. Untuk mengetahui seberapa ramai yang mengikuti sesebuah website, web analytic boleh digunakan sebagai kaedah yang berkesan. Dengan ini, ia dapat meningkatkan lagi populariti setiap perniagaan dan memajukan ke arah yang lebih baik. Ini dapat dikaitkan dengan website yang telah kami buat kepada restaurant tersebut dengan harapan restaurant itu dapat berkembang dan dikenali ramai. Niat kami hanyalah untuk membantu komuniti yang memerlukan. 

Banyak lagi perkara yang perlu kami ketahui untuk membantu mereka-mereka yang memerlukan pada masa akan datang. Kami harapan negara, kami harapan semua. Done berangan-angan. hihi

Tuesday, April 9, 2019

REFLECTIVE WEEK 8

29 March 2019

CIP (Community Internet Project) Presentation.
Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba dimana hari ini kami diarahkan untuk membuat pembentangan mengenai website yang telah kami created untuk sebuah restaurant dihadapan owner restaurant tersebut. Fuhh! Jantung nak pecah rasanya.

Setelah berbincang dan mendapat kata sepakat daripada Chef David yang merupakan owner dari Say Cheese Cafe, kumpulan kami memilih slot sebelah petang dalam pukul 5 untuk membuat pembentangan tersebut. Terdapat juga beberapa kumpulan yang lain pada slot pagi dan kumpulan kami merupakan kumpulan terakhir pada hari itu. Tempoh yang diberikan untuk meyiapkan website tersebut kami gunakan sebaik mungkin untuk menghasilkan website yang terbaik seperti apa yang diminta oleh Chef David. Terlalu banyak cabaran dan kesukaran kerana ini merupakan kali pertama kami bekerjasama dengan orang luar secara berdikari dan menggunakan teknologi yang belum pernah kami gunapakai dalam kehidupan seharian. Tetapi, syukur alhamdulillah! Kami dapat rasakan hasil yang kami berikan adalah yang terbaik walaupun berlaku pertukaran design disaat akhir.

Setelah pembentangan berakhir, Chef David mengambil alih untuk memberi komen terhadap hasil kerja kami dan yaa! Banyak rupanya soalan-soalan cepumas yang ditanya berkenaan dengan SWOT Analysis. Ketar lutut nak menjawab haihh.. Ketar-ketar pun kami berjaya menjawab dengan penuh yakin. Ececeh! Mengenai website pula, setakat ini Chef David berpuas hati kerana 95% daripada hasil kerja kami beliau suka. Selebihnya, beliau meminta untuk kami memperbaiki kesilapan-kesilapan kecil seperti menggunakan gambar yang mempunyai tulisan yang bersesuaian dengan saiz supaya customer lebih memahami dan tertarik untuk melihat. Rasanya kumpulan kami paling lama berdiri depan dewan kerana Chef David tidak lokek untuk memberi tunjuk ajar dan ilmu pengetahuan yang sebenar kerana beliau merupakan seorang yang sangat profesional dan mempunyai ilmu yang tinggi.

Lepas sudah satu tugasan. Kami juga telah mencatat segala komen dan kritikan supaya kami dapat mempelajari daripada kesilapan dan pengalaman kami sendiri. Bertuah rasa kerana dikelilingi oleh orang-orang yang bijak pandai.


Saturday, March 30, 2019

REFLECTIVE WEEK 7

25 March 2019

Hola todos! Week 7 such a messy week because there's a lot of thing that need to be done. Aktiviti dalam kelas hari ni sangat simple which is agenda utama adalah untuk menyiapkan website yang telah ditugaskan oleh owner restaurant kepada kami. Dr Fareed sekadar ingin melihat dan mengetahui progress yang telah dijalankan oleh setiap kumpulan. Sementara menyiapkan tugasan, Dr turut memantau dan memberi sedikit komen tentang apa yang dirasakan perlu diubah dan diperbaiki didalam website tersebut. Mudah kata, minggu ini lebih kepada persiapan menyiapkan tugasan website sebelum hari pembentangan bersama owner restaurant this Friday. 

Selain daripada menyiapkan website, story boarding juga harus mantap dimana isi didalamnya terkandung SWOT Analysis untuk markerting restaurant tersebut. Yang selebihnya, Dr Fareed membiarkan kami semua untuk bekerja didalam kumpulan dan menyiapkan mana-mana perkara yang perlu. Tidak terlalu stress kerana kelas pada hari ini santai santai sajeee. Dr Fareed pun lepaskan kami balik awal. Terima kasih Dr. Hehe

Apa-apa pun berdebar-debar menunggu hari presentation tu nanti. Semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar!

Monday, March 25, 2019

REFLECTIVE WEEK 6

18 March 2019

Hi! Intipati blog ni dah cecah minggu ke 6. So untuk minggu ni, tak banyak celoteh nya sebab Dr Fareed tak masuk kelas. Haa Dr tak masuk kelas bersebab tau and sebab musabab nya disebabkan Dr mahu beri tunjuk ajar dan pengalaman kepada kami mengenai Online Learning. Dalam content tu, ada tiga perkara penting iaitu live Fb experience, Zoom.us and preparation mission of CIP presentation that due on 29 March 2019. Nervousss!

Sebelum terlupa, Dr Fareed give this information by Facebook live actually. He asked us to responded and watch his live. So with this method, student yang selama ni segan silu nak muncul dalam live seseorang on the spot berpeluang dengan jaya nya untuk comment, like dan sebagainya. Selain itu, Dr Fareed ada juga mention mengenai Zoom.us dimana aplikasi ini merupakan salah satu kaedah yang agak serupa dengan Facebook live yang membolehkan seseorang individu dengan individu yang lain untuk membuat temujanji dan menyampaikan sesuatu maklumat secara berhadapan di alam maya tanpa mengira jarak yang jauh. Aplikasi ini juga merupakan komunikasi dua hala dan memberi pengalaman yang berbeza bagi si pengguna. He asked us to open the link of Zoom.us and add his account to make easier for him to directly communicate with us. Sebarang maklumat atau apa sahaja informasi yang ingin disampaikan secara langsung membuatkan penyampaian menjadi lebih mudah. Lastly, Dr Fareed reminded about the presentation with the owner restaurant plus it is the mark for the our first test. Seram sejuk bila dengar Dr cakap macam tu. Point yang utama mengenai that presentation is if the owner tidak dapat hadir dan melibatkan diri bersama semasa presentation tersebut berlangsung. Sekiranya, perkara seperti ini terjadi diantara salah sebuah kumpulan dikalangan kami, ia boleh diselesaikan dengan mudah dengan ada nya  kemudahan aplikasi seperti Zoom.us, Skype dan juga Facebook. Sebelum membuat sesuatu keputusan, of course kena inform Dr Fareed terlebih dulu supaya semua perkara boleh diatur dengan sempurna dan berjalan dengan lancar. Bak kata orang, setiap masalah akan ada jalan keluarnya. 

Well, every input that coming from Dr Fareed class actually menarik dan tertarik. Tanpa kita sedar, its all related with real life surrounding us. Thank you Dr Fareed..




Friday, March 15, 2019

REFLECTIVE WEEK 4 & 5


11 March 2019

Hi guys! Minggu ni merupakan kombinasi dua minggu dalam satu kelas which is week 4 and 5. Lab sudah berganti hari. Kata orang hari Isnin tu Monday Blues tapi takde makna nya bila ada kelas dengan Dr Fareed. Fuhh, kelas lewat petang pun tahap rajin dan semangat tu setinggi gunung Kinabaluu. Macam biasa, sebelum start kelas whiteboard kat depan kelas tu harus diconteng oleh Dr Fareed dengan perkara-perkara penting untuk dipelajari. 

So, kelas start dengan progress setiap kumpulan bersama company or restaurant yang dipilih untuk perlaksanaan website. Setakat ni, nampaknya Dr berpuas hati dengan setiap perkongsian ahli kumpulan. Good job guys! Well, kelas petang diteruskan lagi dengan explanation of Wix.com. Setelah berminggu-minggu menunggu, finally dah ada account personal untuk Wix bosskur. Excited sungguh bila diperkenalkan dengan application sebegitu rupa dan Dr bagi peluang dan ruang untuk explore  setiap benda dalam tu. Bak kata Dr, lepas ni boleh berlagak dengan kawan-kawan lain. hihi Lepastu, Dr juga ada terangkan tentang five features of effectives website. Part ni sangat penting sebab melibatkan ilmu pengetahuan, skill dan penilaian markah oleh owner restaurant tu terhadap hasil kerja kami nanti. Antara ciri-ciri yang disebut oleh Dr Fareed adalah appearance of website yang dikatakan sebagai penambat hati insan yang bergelar manusia. Kombinasi warna seperti primary, secondary and tertiary, penyampaian maklumat, penggunaan ayat, kefungsian website dan juga content harus bersesuaian supaya mudah difahami dan diikuti. Selain itu, mengenai brainstorming and storyboard pula, Dr mencadangkan supaya setiap ahli kumpulan melakukan mind maping mengenai perbincangan bersama owner restaurant sebagai bukti yang kami semua menuruti perintah dan melakukan kerja yang ditetapkan. Same goes with the storyboarding which is we need to write the flow of website by using microsoft words or microsoft powerpoint.

For Google Digital Garage, Dr arahkan supaya setiap seorang daripada kami mempunyai account sendiri supaya mudah untuk melakukan pelbagai tugasan yang menggunakan kaedah teknologi pada masa akan datang. Basically, Goole Digital Garage ni pengenalan kepada digital marketing dan dalam pada masa yang sama, di dalam aplikasi tersebut terdapat soalan-soalan kearah perniagaan. During that class, Dr Fareed banyak guide kami untuk menjawab soalan-soalan tersebut and yaa bagi diri yang kekurangan ilmu ni rasa bermain dengan aplikasi macam tu seolah-olah menarik perhatian sangat. Information yang terakhir adalah mengenai Malaysian Digital Roadmap yang merupakan supportive governance framework implemented of six thrust in e-commerce. Tiga daripada enam aspek itu telah pun digunapakai oleh kerajaan Malaysia dalam membangunkan negara yang maju seiring negara-negara lain. Aspek selebihnya masih diusahakan oleh pihak kerajaan dengan penuh kegigihan.

Ya, terlalu bahagia perjalanan hidup ini jika semua perkara yang kita pelajari dan usaha keras kita membuahkan hasil yang baik tetapi perjalanan hidup kita bukan lah umpama pembaris yang lurus. Pasti akan adanya dugaan yang datang menjengah. Semoga setiap ilmu yang diterima diberkati dan didalam nya dipenuhi dengan limpahan rahmat olehNya. Syukur




Friday, March 8, 2019

REFLECTIVE WEEK 3



1 March 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. For third week class, kali ini Dr Fareed masuk lab dengan membawa topik competitive advantages atau dalam bahasa melayu nya kelebihan bersaing. Based on the explanation from Dr, he said that the transformation actually is all about digitalization which is the process of converting information into a digital. In real picture, Kuala Lumpur and Selangor will be one of state that fully of digital in year 2020 termasuk lah tiga aspek utama iaitu dari aspek process, product dan juga penyimpanan ataupun storage. By hook by crook, ianya akan tetap dilancarkan walaupun banyak cabaran untuk menjadi sebuah negara yang maju kehadapan seiring dengan negara-negara yang lain.

Selain tu, Dr Fareed ada juga perkenalkan beberapa terms yang agak susah untuk disebut. Salah satu nya adalah Bandwagon effect. Haa terkucil sikit lidah nak menyebut nya. Haa apa pula maksud terms tu? Sebenarnya, Bandwagon tu sama erti dengan tabiat manusia yang suka bersaing-saing. Apa yang orang lain buat, dia pun buat perkara yang sama. Commonly seen in politics and consumer behaviour and known as a bad thing lah.

Dr banyak bercerita dan beri gambaran sebenar tentang sesuatu perkara. Satu ilmu pengetahuan baru yang diperolehi dalam lab adalah mengenai perbezaan web 1.0, 2.0 dan 3.0. Sebelum ni memang tak berapa tahu tentang internet atau yang berkaitan tapi dengan kepakaran Dr susun jalan cerita tu, mudah faham jadinya. Web 1.0 tu secara asasnya merupakan web pertama yang digunakan untuk akses maklumat sahaja. Web 2.0 pula merupakan kemudahan interaksi yang lebih bebas seperti share information each other. Youtube dan facebook merupakan platform yang digunakan. The intelligent web digital merujuk kepada web 3.0 kerana menggantikan peranan manusia untuk berfikir, menganalisis dan menentukan informasi yang sedang dicari. Hebat bukan?

Kadang-kadang ada perkara yang tak tercapai dek akal namun menjadi realiti. Mungkin satu hari nanti, ilmu-ilmu ni boleh digunapakai as panduan untuk bina kejayaan. In sha Allah. So far, banyak ilmu yang diturunkan oleh Dr untuk kami sebagai student disini dan yang paling penting Dr Fareed dah berjaya menarik perhatian kami dengan lawak kuasa tinggi dia tu.  Happy, enjoy, fun and rileks.

REFLECTIVE WEEK 14

24 May 2019 Today will be last week and last day class with Dr Fareed! To be honest, I'm not in mood and I feel a bit sad because thi...