Friday, March 15, 2019

REFLECTIVE WEEK 4 & 5


11 March 2019

Hi guys! Minggu ni merupakan kombinasi dua minggu dalam satu kelas which is week 4 and 5. Lab sudah berganti hari. Kata orang hari Isnin tu Monday Blues tapi takde makna nya bila ada kelas dengan Dr Fareed. Fuhh, kelas lewat petang pun tahap rajin dan semangat tu setinggi gunung Kinabaluu. Macam biasa, sebelum start kelas whiteboard kat depan kelas tu harus diconteng oleh Dr Fareed dengan perkara-perkara penting untuk dipelajari. 

So, kelas start dengan progress setiap kumpulan bersama company or restaurant yang dipilih untuk perlaksanaan website. Setakat ni, nampaknya Dr berpuas hati dengan setiap perkongsian ahli kumpulan. Good job guys! Well, kelas petang diteruskan lagi dengan explanation of Wix.com. Setelah berminggu-minggu menunggu, finally dah ada account personal untuk Wix bosskur. Excited sungguh bila diperkenalkan dengan application sebegitu rupa dan Dr bagi peluang dan ruang untuk explore  setiap benda dalam tu. Bak kata Dr, lepas ni boleh berlagak dengan kawan-kawan lain. hihi Lepastu, Dr juga ada terangkan tentang five features of effectives website. Part ni sangat penting sebab melibatkan ilmu pengetahuan, skill dan penilaian markah oleh owner restaurant tu terhadap hasil kerja kami nanti. Antara ciri-ciri yang disebut oleh Dr Fareed adalah appearance of website yang dikatakan sebagai penambat hati insan yang bergelar manusia. Kombinasi warna seperti primary, secondary and tertiary, penyampaian maklumat, penggunaan ayat, kefungsian website dan juga content harus bersesuaian supaya mudah difahami dan diikuti. Selain itu, mengenai brainstorming and storyboard pula, Dr mencadangkan supaya setiap ahli kumpulan melakukan mind maping mengenai perbincangan bersama owner restaurant sebagai bukti yang kami semua menuruti perintah dan melakukan kerja yang ditetapkan. Same goes with the storyboarding which is we need to write the flow of website by using microsoft words or microsoft powerpoint.

For Google Digital Garage, Dr arahkan supaya setiap seorang daripada kami mempunyai account sendiri supaya mudah untuk melakukan pelbagai tugasan yang menggunakan kaedah teknologi pada masa akan datang. Basically, Goole Digital Garage ni pengenalan kepada digital marketing dan dalam pada masa yang sama, di dalam aplikasi tersebut terdapat soalan-soalan kearah perniagaan. During that class, Dr Fareed banyak guide kami untuk menjawab soalan-soalan tersebut and yaa bagi diri yang kekurangan ilmu ni rasa bermain dengan aplikasi macam tu seolah-olah menarik perhatian sangat. Information yang terakhir adalah mengenai Malaysian Digital Roadmap yang merupakan supportive governance framework implemented of six thrust in e-commerce. Tiga daripada enam aspek itu telah pun digunapakai oleh kerajaan Malaysia dalam membangunkan negara yang maju seiring negara-negara lain. Aspek selebihnya masih diusahakan oleh pihak kerajaan dengan penuh kegigihan.

Ya, terlalu bahagia perjalanan hidup ini jika semua perkara yang kita pelajari dan usaha keras kita membuahkan hasil yang baik tetapi perjalanan hidup kita bukan lah umpama pembaris yang lurus. Pasti akan adanya dugaan yang datang menjengah. Semoga setiap ilmu yang diterima diberkati dan didalam nya dipenuhi dengan limpahan rahmat olehNya. Syukur




No comments:

Post a Comment

REFLECTIVE WEEK 14

24 May 2019 Today will be last week and last day class with Dr Fareed! To be honest, I'm not in mood and I feel a bit sad because thi...