Friday, April 19, 2019

REFLECTIVE WEEK 9

15 April 2019

Salam hari Isnin. Untuk hari ini seperti biasa Dr Fareed sudah listkan perkara-perkara yang perlu dipelajari dan beberapa perkara yang perlu diselesaikan di white board. Antaranya adalah mengenai CIP presentation, excel exercise 1, netiquette, dan juga web analysis. 

Mengenai CIP presentation, Dr Fareed recapped semula apa yang telah berlaku sepanjang minggu pembentangan tersebut dan Dr memaklumkan kepada kami supaya tidak lupa untuk update dan memperbaiki semula website yang telah dibuat. Seterusnya, setelah semuanya siap dan sesuai dengan apa yang telah diminta oleh owner restuarant tersebut, kami sekali lagi diarahkan untuk bertemu dengan Chef David di restaurant beliau untuk mengajar secara lebih terperinci sekaligus memberi website, email dan password tersebut kepada beliau secara rasmi. 

Setelah selesai, Dr Fareed meminta kami untuk membuka aplikasi excel dan mengajar kami cara-cara untuk menyiapkan assignment menggunakan aplikasi tersebut. Apa yang kami pelajari adalah cara-cara bagaimana untuk memasukkan data dan segala isi maklumat yang diperlukan dengan menggunakan pie chart, bar chat dan column chart. Secara jujurnya, tahap stress masih lagi dalam keadaan terkawal apabila membuat assignment seperti ini. haha 
Selepas itu, Dr Fareed dedahkan lagi dengan perkataan baru didalam hidup kami iaitu netiquette. Maksud yang tepat bagi perkataan ini adalah adab-adab ketika menggunakan internet seperti email. Bila sebut sahaja internet semua mengakui bahawa diri itu seolah-olah dah mencapai tahap profesional tetapi realitinya, ada kekurangan dan cacat cela. Sebagai contoh, adab menghantar email kepada pensyarah, secara am pelajar tidak boleh menghantar dokumen tanpa memperkenalkan diri, nama dokumen dan ayat mukadimah atau bahasa internet nya email, subjek dan tajuk. Terlihat seperti tidak ada rasa hormat dan adab. Perkara sebegini kadang kala bukan sahaja boleh dipelajari malah boleh menggunakan commen sense yang dikurniakan olehNya. 

Akhir sekali, Dr Fareed mengajar kami tentang web analytics ataupun statistic. Untuk mengetahui seberapa ramai yang mengikuti sesebuah website, web analytic boleh digunakan sebagai kaedah yang berkesan. Dengan ini, ia dapat meningkatkan lagi populariti setiap perniagaan dan memajukan ke arah yang lebih baik. Ini dapat dikaitkan dengan website yang telah kami buat kepada restaurant tersebut dengan harapan restaurant itu dapat berkembang dan dikenali ramai. Niat kami hanyalah untuk membantu komuniti yang memerlukan. 

Banyak lagi perkara yang perlu kami ketahui untuk membantu mereka-mereka yang memerlukan pada masa akan datang. Kami harapan negara, kami harapan semua. Done berangan-angan. hihi

No comments:

Post a Comment

REFLECTIVE WEEK 14

24 May 2019 Today will be last week and last day class with Dr Fareed! To be honest, I'm not in mood and I feel a bit sad because thi...